SECARA UMUMNYA IA ADALAH SEBUAH DINDING YANG MENANGGUNG KESEMUA BEBAN BANGUNAN DAN DIALIRKAN MELALUI DINDING SETERUSNYA KE PERMUKAAN ASAS. KAEDAH PEMBINAAN INI ADALAH YANG TERAWAL DALAM SEJARAH PEMBINAAN BANGUNAN CONTOHNYA PADA ZAMAN GOTHIK DI EROPAH, CIRI BANGUNANNYA SEPERTI BUKAAN TINGKAP YANG LUAS DAN JUGA PARAS ARAS SILING DARI PERMUKAAN LANTAI. KETINGGIAN BANGUNAN INI ADALAH TERHAD IAITU MAKSIMUM 10 TINGKAT. JIKA KETINGGIAN BANGUNAN INGIN DIPANJANGKAN, SKALA SAIZ DAN KETEBALAN DINDING PERLU DIREKA LEBIH BESAR MENGIKUT BEBAN YANG DITANGGUNG. JIKA INI DIABAIKAN SEMESTILAH BANGUNAN TERSEBUT TIDAK STABIL DAN SETERUNYA AKAN RUNTUH.